Saturday, November 21, 2009

Bersuci

Bersuci merupakan suatu tugas yang sangat mustahak dalam kehidupan seseorang muslim kerana itulah punca segala amal ibadah. Andainya seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat mengerjakan ibadah dan sebagainya, maka solatnya tidak sah.

Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadah lain juga turut tidak mendapat perhatian daripada Allah S.W.T. apabila tiang rosak, maka dinding dan atap menunggu masa untuk runtuh bersama-sama dengan tiangnya.

Sabda Rasulullah: “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti ia mendirikan agama dan sesiapa yang meruntuhkannya bererti ia meruntuhkan agama”.


0 comments: