Friday, October 23, 2009

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit tersebut. Dan dia pun menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Friday, October 16, 2009

Ramuan mencuci dosa

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berjalan-jalan melalui lorong-lorong kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.


Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata:
"Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada".
Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".
Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak sepuluh perkara iaitu:

Ambil oleh mu akar kayu faqir dan akar kayu TAWADUK dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama TAUBAT. Lalu masukkan semua ke dalam lesung REDHA, dan giling sampai halus dengan pengetam QANA'AH.Kemudian masukkan ke dalam periuk TAQWA, dan tuangkan ke dalamnya air HAYA'(malu).

Lalu didihkan dengan api MAHABBAH(cinta). Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk SYUKUR dan kipaskan dengan kipas angin ROJA'(harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu PUJIAN. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

Yang baik jadikan iktibar..
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami."

(Ali Imran : 250)

Wallahu'alam

Wednesday, October 14, 2009

SimPanG SiuR jalAn kE syUrGA


KeHidUpan umPAma SebUAh jalaN Raya yang PANJANG, penuh dengan SimPang sIUr jAlAn..

diselangi dengan SIGNBOARD yang menjadi petunjuk arah jalan..!!

Mana jalan yang kita PILIH..??

PILIHAN kita adalah tanggungjawab Kita..
buatlah PILIHAN yang membawa jalan ke SYURGA..












AsTaghFiRuLLAH al-'AziM..

Sedarkah kita IBADAH kita semakin menghilang..
apa ikhtiar kita bagi meningkatkan keimanan kita..
sudahkah kita perbaiki IBADAH kita bagi menggapai CINTA ILAHI..

"ALLAH tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka merubah diri mereka sendiri"

WALLAHUA'LAM